Ibuku Pawang

Orang dulu-dulu,

bila anak jatuh, sakit, mengadu..

“Mak! Adik sakit..”

Mak pun tiup “Fuuhhh.. Fuuhh..”

Ok..

Anak terus jalan, sihat, macam tak pernah jatuh punn..

Ini ada 2 kemungkinan..

  1. Kemungkinan pertama. Anak-anak sakit datang pada maknye bukan sebab sakit saje, tapi lebih pada nakkan perhatian ibu bapa. Lepas tiup, senang hati, sambung main pulak..
  2. Kemungkinan kedua, maknye memang bomoh, tiup-tiup sembuh..

Rasa2 nya ummi ni kategori mane satu?😛

Khasiat Daun Pokok Kapal Terbang…

Kenapa saya nak share tentang khasiat daun pokok kapal terbang ni?

sebabnya ramai antara kita yang masih tak tahu akan kewujudan pokok ini apatah lagi khasiat yang ada pada daun pokok kapal terbang ni.

sampaikan ada yg ingat daun pokok ni ada kena mengena dengan minyak untuk dijadikan bahan bakar kapal terbang…..mungkin sebab nama dh ada kapal terbang so mungkin la ada sangkut paut dengan terbang…hehe..

no dear…no..pokok ni takde sangkut paut dengan kapal terbang, jet, helikopter atau yang terbang seangkatan dengannya

dan pokok ini sebenarnya adalah spesies yang hampir PUPUS…

dulu, pokok ni memang banyak tumbuh meliar terutama di kawasan kampung-kampung sebab pokok ni mudah tumbuh dipelbagai jenis tanah sama ada tanah mineral, tanah gambut, tanah bris, tanah yang berbatu tepi-tepi jalan even tanah yang bermasalah pun dia boleh tumbuh jugak… survival sungguh… pendek kata asalkan ada cahaya matahari dan hujan…

tapi sekarang ramai yg bagitahu dah susah nak jumpa.. sebab tumbuhan ni tumbuh dalam kawasan semak samun so habis semua kena tebas… dan pokok ni jenis kuat makan baja dikawasan tanaman dan jika tidak dimusnahkan boleh menjejaskan hasil tanaman.

Nama saintifik pokok ni Eupatorium odoratum Linn merupakan sejenis rumpai dari keluarga ASTERACEAE. Juga dikenali sebagai Pokok Jepun, Pokok Jerman, Christmas Bush, Siam Weed, Baby Tea dan Bitter Bush.

Sifat-sifat pokok Kapal Terbang
khasiat-daun-kapal-terbang-1
Nak kenal pokok ni ialah dengan melihat bentuk daun seperti gambar di sebelah. Daun pokok kapal terbang berbentuk tirus seakan tiga segi dengan warna hijau sederhana gelap. Daun bahagian pucuk pulak berwarna hijau bercampur ungu. Permukaan daun ni berbulu halus, tetapi lembut…
.
Bila diramas daun pokokkapal terbang ni, dia akan menghasilkan bau yang kuat dan mengeluarkan sedikit lendir atau getah bewarna hijau.
.
Batang pokok ni lembut dan hijau tetapi bila dah agak tua sikit dia bertukar jadi keras (kayu)
.

Continue reading

Boys & Lego

huzaifah N blocks

Asal nak snap pic sj, buat sign peace…

Ummi’s boys dan Lego blocks

Tak boleh dipisahkan…

Lego hanyalah jenama…

Sebenarnya ia adalah permainan Blok

Untuk Huzaifah dan Ammar, sebelum ke sekolah, lepas mandi dan bersiap capai blocks…

Balik sekolah, fist thing of course jumpa Ummi (takut Ummi bebel, kalau buat benda lain dulu..), bagi salam, campak beg dan capai blocks…

Sambil makan sama ada bermain blok atau loncat-loncat…

Baca Iqra atau baca buku, mesti kena ada blocks di sebelah….

Memang rasa berbaloi sangat beli blocks ni, despite harga yang murah sebab bukan jenama Lego pun…cuma Ummi yang dah terbiasa panggil permainan blok ni sebagai Lego. Tapi kualiti memang terbaik. Continue reading

Berubat & Sihat Pun Ketetapan Dari Allah SWT

memujuk menjaga pesakitKadang-kadang ada orang yang tak mau berubat.

“Sihat sakit ni Allah سبحانه وتعالى dah tetapkan.”

Nak jawab ape? Nak dibiarkan tak berubat pun kesian tengok.

Sebenarnya, berubat penyakit pun Allah سبحانه وتعالى dah tetapkan akan berlaku. Itu sebabnya Allah سبحانه وتعالى turunkan setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut (atau menjadi lemah akibat menghampiri maut / tua).

Dalam satu hadith Continue reading

Kelebihan Membaca 3 Qul Sebelum Tidur

100_1994

Huzaifah yang lena diulit mimpi. Semoga mimpi-mimpi yang indah.

Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali (3 Qul) kerana amalan ini dapat:

  • Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan
  • Terhindar dari segala perkara yang buruk
Cara-caranya:

Ditempat tidur sambil duduk, baca surah tiga Qul (Dimulakan dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis setiap surah) sambil menadah tangan. Selepas membaca surah tiga Qul hembus pada tapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga.

Continue reading

Lemak Tubuh Berlebihan Meningkatkan Risiko Kanser WCRF-AICR

WCRF AICRDalam laporan terkini WCRF-AICR dalam laporan pakar kedua bahawa bukti perubatan menunjukkan lemak tubuh berlebihan meningkatkan risiko perkembangan beberapa jenis kanser.

“Itulah sebabnya berat badan jadi tumpuan dalam saranan pertama kami” W.Philip T.James M.D, D.Sc.

Kajian mendapati lemak tubuh yang berlebihan akan hasilkan bahan berlebihan seperti hormon seks dan insulin. Dalam keadaan biasa bahan ini jadi bahan biasa yang menyumbang kepada tubuh.

Tapi bagi orang gemuk, bahan ini boleh menyebabkan sel-sel (kanser) berkembang dan membahagi dengan cepat (Sumber: WebMD Health News) Continue reading